Tuesday, July 22, 2014

<h4><b><i>Rasionalisasi Subsidi Negara - dibuang payah, ditelan susah</i></b></h4>

Asalamualaikum dan selamat sejahtera,

Isu subsidi negara adalah isu yang tak pernah basi dan sering sahaja mendapat tempat sama ada oleh orang politik, orang ekonomi mahupun orang kebanyakan. Tindakan untuk  mengurangkan subsidi adalah satu langkah yang paling tidak popular untuk dilaksanakan oleh kerajaan dan parti politik yang memerintah.... dalam kes kita adalah BN

Baru-baru ini, isu subsidi kembali hangat yang mana kerajaan dikatakan akan mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi bersasar, di mana sasaran yang hendak dilaksanakan ialah petrol... Macam- macam kaedah yang didengari melalui khabar-khabar angin..

Saya ada satu cadangan....

Rasionalisasi subsidi diterjemahkan dengan bahasa mudah... Memberikan subsidi kepada rakyat Malaysia yang layak...diulangi RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK..  Oleh itu saya mencadangkan agar perlaksanaan dijalankan dalam dua fasa:

1. Fasa satu - memastikan bahawa subsidi dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja

2. Fasa dua - memberi subsidi kepada rakyat Malaysia yang layak.

Fasa satu adalah dicadangkan untuk tempoh lima tahun (2015-2019) dan fasa kedua dari tahun 2020 hingga 2024

Fasa satu - subsidi untuk rakyat Malaysia

Secara purata, kerajaan memperuntukkan lebih dari RM 20 bilion setahun untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang seramai 28 juta. Subsidi diberikan untuk bahan bakar, petrol, tol, minyak masak, beras dan sebagainya. Subsidi ini sepatutnya diberikan kepada rakyat Malaysia sahaja, tetapi kaedah penyaluran subsidi secara pukal kepada pembekal atau pengeluar, menyebabkan ramai orang luar yang menikmatinya juga, dan lebih malang sudah puluhan tahun mereka yang bukan rakyat Malaysia menikmatinya. 

Secara amnya, Malaysia mempunyai 3 juta warga asing yang bekerja di Malaysia dari pelbagai kategori seperti buruh, pekerja kontrak, ladang, industri sehinggalah kepada ekspatriat yang bergaji puluhan ribu sebulan. Selain daripada itu, Malaysia menerima lebih dari 26 juta pelancong setahun yang secara langsung dan tidak langsung menikmati subsidi ini. Daripada pelancung ini, hampir 70% adalah dari Singapura dan Thailand yang mungkin merupakan mereka yang membeli belah di Malaysia serta menikmati subsidi kerajaan Malaysia. Sebagai anggaran, saya menjangkakan 10% daripada jumlahnya pelancung sebenarnya mereka yang menikmati secara langsung subsidi negara! sementara yang lebihnya adalah mereka yang menikmati secara tidak langsung

Selain daripada itu kita menghadapi masalah penyeludupan, penyeludupan rentas sempadan mahu pun penyeludupan domestik. Penyeludupan rentas sempadan tidak perlulah di ulas dengan terperinci, lebih lebih lagi sejak kebelakangan ini terlalu banyak penyeludupan yang dipatahkan samada penyeludupan diesel melalui laut dengan menggunakan kapal tangki mahupun penyeludupan menggunakan kenderaan darat ke negara jiran di utara tanah air. Penyeludupan domestik adalah penyeludupan yang lebih sukar untuk di banteras seperti penyeludupan diesel dan bahan bakar untuk dibekalkan kepada industri. Malah, sebenarnya tidak pelik untuk para pengusaha industri yang tidak bertanggungjawab sentiasa membeli diesel yang lebih rendah dari harga tidak bersubsidi, pergerakan penyeludupan domestik ini sangat licik dan tidak akan berhenti walaupun ramai yang ditangkap... Selagi ada permintaan maka selama itu lah ada usaha untuk membekalkan...dan selagi ada pembekalan maka selama itu lah ada permintaan, maknanya dari sudut mana sekalipun pasti berlaku penyeludupan domestik akan diusahakan.

Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan begitu serius untuk mengekang penyeludupan tetapi perlu diingatkan kos untuk membenteras penyeludupan mungkin lebih mahal dari kos penyelupan yang berjaya di kekang. Ini termasuk kos pengurusan, kos pemantau, pembanterasan, perundangan mahupun kos memenjarakan para penyeludup.

Kalau ada menyatakan subsidi yang hilang melalui penyeludupan sekitar 10%,  hilang kepada bukan rakyat Malaysia 10% dan lain -lain 5%.. Maka sekitar 25% dari subsidi iaitu sekitar RM 5billion telah tersasar dan amat merugikan rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia. Ini tidak termasuk melalui kisah ketirisan dan ketidakadilan yang dikatakan dengan IPP.

Cadangannya...

Saya mencadangkan agar nilai subsidi ini masih dikekalkan tetapi disalurkan terus kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kategori pendapatan mahupun usia. Makna setiap rakyat Malaysia akan menerima wang subsidi ini secara terus dan tunai. Sebagai permulaan RM 20 bilion dibahagikan kepada setiap 28 juta rakyat Malaysia maka setiap rakyat Malaysia menerima RM 714 seorang. Tetapi, kaedah pembayaran perlu secara tunai melalui pejabat pos dan bank. Kita pernah melaksanakan kaedah pembayaran ini ketika zaman Pak Lah memberi subsidi melalui pembaharuan road tax.

Tetapi kaedah pembayaran kali ini secara tunai dan bank dan dibayar pada hari lahir setiap rakyat Malaysia. Maknanya, pada hari lahir, setiap rakyat Malaysia akan mendapat hadiahnya dengan menebusnya di pejabat pos atau bank dengan membawa MyKad dan Surat Beranak untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Dan untuk mereka yang di bawah 18tahun, wang subsidi adalah dituntut oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.Jadi, jika sesuatu keluarga yang berpendapatan rendah dan anak ada 3 orang maka mereka akan menerima sebanyak RM 3,570 setahun. Dan pada kebiasaannya, golongan pendapatan rendah ini mempunyai anak yang ramai, maka kita dapat menyelesaikan masalah golongan kaya yang menikmati subsidi minyak yang banyak untuk kereta mewah mereka dan golongan berpendapatan rendah mendapat subsidi yang sedikit untuk motosikal mereka..

Dan wang subsidi harus dituntut dalam tempuh tiga bulan sahaja. Jika tidak, ia akan di pindahkan ke budget subsidi untuk tahun berikutnya. Tapi.. Saya yakin, dalam tempuh seminggu pasti telah dituntut.

Kenapa dicadangkan perlu dituntut secara tunai di pejabat pos atau bank dengan pengesahan MyKad ataupun surat beranak? Kerana ini adalah secara tidak langsung untuk tidak menggalakkan mereka yang berpendapatan tinggi, para peniaga yang mewah, golongan atasan untuk menuntut wang subsidi tersebut. Anda boleh bayangkan seorang yang kaya berpangkat datuk datang naik mercedes dan beratur di pejabat pos dan bank untuk menuntut RM714? Tidak dinafikan akan ada, mereka yang kaya dan berkulit tebal yang tak tahu malu untuk tuntut RM 714 sedangkan di akaun bank mereka ada jutaan ringgit.

Jadi kita akan menjangkakan sekitar 10% atau mungkin lebih rakyat Malaysia yang tidak akan menuntutnya.. Maka RM 2 bilion akan dijimatkan. Selain dari itu, nilai subsidi tidak akan dinaikkan untuk tempoh fasa satu maka ada pen jimatkan dalam bentuk kesan inflasi sebanyak sekitar 3.5% setahun.

Kaedah hadiah wang subsidi ini adalah kaedah terbaik untuk menyalurkan secara terus dan bersasar yang pasti tidak tersasar. Sebab sekarang bertiup kencang mengatakan subsidi petrol dialirkan melalui smartcard yang membolehkan service provider mengaut kos pengurusan sehingga ratusan juta dan dikaitkan dengan isu kroni. Saya tak pasti kebenarannya tentang kroni itu, tapi pastinya inilah isu yang akan dibangkitkan dan menyebabkan BN menjadi kurang popular lagi... Malah rakyat rasa dihukum sebab ketirisan subsidi, maka mereka pulak yang menanggung akibatnya dan dihangatkan pula isu kroni.. Pleaselah  BN... Don't do it again....

Selain daripada itu, saya yakin pengklonan smartcard , kecurian smartcard ini akan menjadi ingauan baru terhadap ketirisan wang subsidi.

Faedah lain

Ok, sambung kembali kepada cadangan saya..

Selain dari berjaya menyalurkan subsidi secara terus kepada rakyat Malaysia, banyak faedah lain yang diperolehi, kerana ini adalah satu 'direct engagement' antara kerajaan dengan rakyat yang mana kerajaan boleh meningkat populariti, relevannya mereka kepada rakyat yang akan membalaskan dengan satu undi yang berharga.

Antara lain:

1. Isu kanak kanak lahir tanpa pendaftaran dapat dikurangkan kerana lahirnya kanak kanak itu dan didaftar maka ibu bapanya akan dapat hadiah hari kelahiran anak mereka, sedikit sebanyak dapat menampung kos perubatan. Adalah biasa untuk menggalakkan rakyat dengan insentif

2. Rakyat Malaysia akan menjaga MyKad mereka sebaik baiknya, kerana kalau MyKad rosak atau hilang pasti me lambatkan proses penuntutan wang subsidi mereka

3. Rakyat merasa dihargai secara terus.. Bayangkanlah golongan berpendapatan rendah yang anak ramai.. Dalam kes yang mana bapanya disyaki membunuh anak sulung sebab anaknya ingin bekerja membantu menambahkan.. Beliau ada 10 orang anak.. Maka setahun mereka memperolehi RM 7,140. Ini pasti memberi impak yang tinggi

4. Perlu diingatkan wang subsidi ini tidak mengganti bantuan lain seperti bantuan jabatan kebajikan masyarakat .. Maka apa saja bantuan lain pasti diteruskan.

5. Saya yakin BN dapat manfaat politik secara terus... Tak perlu diulaskan bagaimana..

6. Tiada lagi ketirisan subsidi melalui penyeludupan, maka kos pengurusan, penguatkuasaan, pemantau dapat dijimatkan.. Maka kerajaan dapat menjimatkan banyak wang

7. Tiada lagi warga asing dan ekspatriat yang menikmati subsidi untuk rakyat Malaysia

8. Mungkin ini adalah satu skim galakan ke arah penambahan penduduk Malaysia.

9. Ini adalah permulaan untuk kerajaan untuk berjimat dengan mengurangkan pembaziran dahulu

10. Mengurangkan satu elemen yang sentiasa menjadi igauan politik pemerintah...  Subsidi untuk kroni


Saya pernah menceritakan idea ini sejak dari tahun 2010, dan dari feedback... Hampir 90% bersetuju..

Saya harap dapat sokongan semua

Tunggu Sambungan... Fasa kedua

Salam dari saya yang ada satu undi sahaja.