Kalau mengikut statistik peti undi DUN Kota Seputeh, Mukhriz mungkin berpeluang menang dan mungkin menang lebih besar lagi. Ini adalah positif untuk momentum UMNO menghadapi pilihanraya yang akan datang. Ini yang rakyat yang selama ini setia menyokong UMNO mahu..
Tetapi adakah ini yang pemimpin UMNO mahu?
Ya untuk Pemimpin UMNO pusat dan Pemimpin tinggi dan akar umbi... tetapi bagaimana pemimpin peringkat bahagian dan negeri mahu???
Senarionya begini...Jika Mukhriz bertanding dan menang dan menang makin besar...maka kemungkinan Mukhriz akan mendapat tempat di negeri Kedah...malah tidak mustahil untuk mendapat tempat tertinggi di peringkat perhubungan negeri..mungkin Pengerusi Perhubungan Negeri yang dipegang oleh Datuk Shafie Afdal... Apabila ini berlaku maka ramailah pemimpin lama, pemimpin bahagian yang mengidamkan jawatan tersebut akan melepas..
Jadi, kita mungkin tidak akan terkejut jika Mukhriz boleh kalah disebabkan oleh sifat-sifat 'mangkuk' pemimpin bahagian yang tamak haloba, pentingkan diri sendiri, yang akan mensabotajkan dari dalam. Mangkuk-mangkuk inilah yang menyukarkan UMNO untuk sembuh dan berubah..kerana mereka sedikit pun tak berubah. Mangkuk-mangkuk ini rasa UMNO telah kembali gagah dan mereka tak perlu insaf pun..kerana untuk pilihanraya kan datang, mereka merasakan BN akan kembali menang besar... Presiden UMNO, DS Najib, begitu bekerja keras menguatkan UMNO, BN dan Malaysia..tetapi yang kat bawah ini masih begitu aje gamaknya.
Suka atau tidak, yang nyatanya masih ramai lagi pemimpin UMNO peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat yang masih lagi mementingkan kedudukan dan kepentingan sendiri lebih daripada perjuangan Parti dan perjuangan memperkasakan Melayu...
Saya amat berharap dengan konsep pemilihan yang baru nanti, kita akan dapat memilih pemimpin yang sayangkan Agama, Bangsa dan Tanahair melebihi kepentingan peribadi dalam kontek yang sebenar untuk meneraju UMNO dan BN ke tahap yang lebih baik...
No comments:
Post a Comment