Hulu Selangor mengujudkan dilema kepada BN dan PR dimana kedua-dua pihak agak berhati-hati untuk meletakkan calon..nak letak melayu salah..nak letak India pun salah.
Bagi BN, untuk meletak calon dari UMNO pasti mengundang padah dan akan dijadikan bahan kempen yang mana pasti PR mengatakan bahawa UMNO mementingkan diri sendiri serta tidak menghayati semangat 1Malaysia. Bukan saja untuk PRK ini tetapi pasti akan dibawa sehingga PRU nanti. Tetapi untuk meletakan MIC pun belum tentu selamat lebih-lebih lagi jika diletakkan G Palaviniel. G dilihat sebagai proxy Samy Velu, dan Samy Velu sebenarnya ditolak oleh hampir kebanyakan orang yang merasakan MIC perlu berubah. Jalan selamat ialah muka baru yang memenuhi aspirasi rakyat...India Muslim..
Bagi PKR, nampaknya mereka masih berhati-hati dan tak berani untuk mendahului dari segi penamaan calon, kerana PKR pun tidak pasti hendak meletakkan siapa?.. mengikut desas-desus, calon yang rapat dengan Anwar yang akan dicalonkan..tetapi adakah ini bagus..atau menjadi senjata makan tuan. Anwar juga takut kalau calon itu bukan yang mengikut telunjuknya..nanti mereka akan melompat jadi calon bebas pulak.
Walaubagaimanapun, Hulu Selangor akan dijadikan medan ujian untuk hala tuju PRU nanti. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran kemengan di PRU13 nanti tetapi sesiapa yang dapat menggunakan petunjuk ini utk PRU nanti yang akan dapat menafaatnya.
Hulu Selangor...Selamat Mengundi...
No comments:
Post a Comment